Tentang

Rusydee adalah singkatan nama untuk Muhammad Rusydi. Terkini, beliau merupakan pendidik di sebuah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara ringkasnya, beliau mempunyai pengalaman dalam dunia pengajaran Usul al-Din peringkat sekolah, Kurikulum Bersepadu Dini bermula 2016 – 2025. Berlatar belakangkan pendidikan Sarjana Usul al-Din, beberapa kali dekan Sarjana Muda Usul al-Din, pernah mendapat anugerah rektor, pelajar cemerlang diploma pendidikan opsyen Dini, berpengalaman dalam penghasilan soalan peperiksaan, penandaan kertas peperiksaan, mempunyai modul Usul al-Din sendiri, dan boleh dijadikan ‘alat’ yang berguna untuk subjek Usul al-Din SPM mengikut sukatan mata pelajaran terkini. Insya-Allah, Rusydee akan sangat bermanfaat untuk umat sekiranya diperlukan atau tidak diperlukan.